tips on everything that matters. hope this simple clumsy blog can fix us - our things and our life..

Teknik Pro Photographer Tangkap Gambar Super Jelas

Artikel ini memerlukan anda mengguna beberapa alat tambahan (dalam erti kata lain, membeli) untuk mendapatkan gambar yang jelas. Jangan risau, barang satu dua sahaja, harga peralatan ini pula tidak selalunya mahal, cuma jika anda pengguna bijak, dapatkan barang berkualiti dengan harga berpatutan.

Dua tempat untuk dapatkan barang fotografi berkualiti:
a. Dapatkan terus dari pengeluar jenama
b. B&H Photograhy (sebab disini menjual semua barang fotografi, dari sekecil-kecil peralatan termasuklah apa yang anda rasa dah tiada dijual/pupus dari kedai lain dengan harga termurah).
c. ShaShinKi Malaysia (juga boleh jual kamera 2hd hand anda di sini dan dicaj hanya selepas produk terjual)

Dua brand popular di kalangan pro-photographer:
a. Nikon
b. Canon


Ok, sekarang beberapa tips oleh jurugambar professional untuk mendapatkan gambar yang super terang, jelas, nampak bersih dan semua orang kagum tengok.


1. Guna Tripod
Jangan gelak, tripod adalah salah satu ciri yang membezakan antara jurugambar pro dan amatur. Malah jurugambar pro akan sentiasa guna tripod walaupun pada hari yang cerah. Agak leceh tetapi inilah caranya, pro sanggup lakukan. Pastikan anda mendapatkan tripod berkualiti, sebab tripod murah selalunya goyang, mungkin rebah ditiup angin.

2. Ballhead/ Pemegang Kamera Dengan Sendi Bulat Pasang Atas Tripod
Ballhead berguna sebab dengan sekali pusing, anda dapat dengan pantas halakan kamera kearah subjek, ke semua arah. Ballhead berkualiti akan selepas ditolak terus kekal (dimatikan/dikunci) pada arah ditujukan, tanpa tergelincir kekiri/kekanan/kebawah sedikitpun.

3. Jangan Tekan Butang Shutter/ Guna Cable Release
Cable Release semacam remote control dari jauh bersambung dengan kabel ke kamera. iPhone pun boleh jadi cable head jika ada IoShutter cable extension dengan applikasi Enlight Photo. Selalu diguna di kedai gambar semasa tangkap gambar passport. Dengan guna Cable Release, anda tidak tekan butang shutter di kamera, dalam kata lain, tangan anda tidak menyentuh kamera langsung, jadi tiada masalah kamera bergegar semasa menekan butang shutter.

4. Lupa Bawa Cable Release? Guna Self Timer
Sama prinsip, elak gegaran semasa mahu shut gambar, cuma kali ini agak automatik dan perlu tunggu beberapa saat ikut setting yang anda tentukan. Pro biasanya set 5 saat, tekan butang shutter, suruh subjek ready, auto snap!

5. Set kan Mirror Lock Up
Mirror lock up bererti kamera akan mengunci lensa kamera ke atas. Jadi apabila tangkap gambar, lensa kamera tidak akan bergerak (di skrin belakang kamera kan tayangan akan bergerak-gerak, walaupun semasa anda pegunkan kamera) sehingga gambar diambil. Setting ini akan mengunci pergerakan dalaman kamera semasa anda mahu mengambil gambar, jadi gambar diambil jadi lebih jelas. Setelah set Mirror Lock Up, anda harus tekan butang shutter pada cable release sebanya dua kali, satu untuk mengangkat lensa dalaman, kedua untuk menangkap gambar.

6. Matikan Vibration Reduction (VR) atau Image Stabilizasion (IS)
Ciri IS lense adalah untuk kestabilan semasa anda menangkap gambar semasa pencahayaan rendah, memegang kamera menggunakan tangan. Memang hebat fungsi ini. Tetapi anda harus tahu bila mahu guna, bula pula seeloknya off (Semasa guna tripod) kan. Secara teorinya, IS lense akan mencari pergerakan/gegaran, walaupun semasa anda menggunakan tripod, IS lense akan mahu juga mencari gegaran walaupun sedikit. Prinsipnya, guna IS semasa kamera di tangan, matikan IS semasa guna tripod.

7. Set Aperture Paling Tinggi
Bergantung kepada lense kamera anda, aperture tertinggi biasanya pada dua titik lebih kecil/two full stop smaller berbanding bukaan/wide open. Tick tick dua ke atas, dan tick tick dua ke bawah. Contoh untuk lense f/2.8, aperture paling terang adalah f/5.6 dan f/8. Bagaimana mahu tahu setting ini? Lihat pada EXIF data pada gambar yang diambil. Jika pada software photoshop, pergi pada menu, lihat File Info, kemudian klik pada Camera Data 1. Namun, pastikan kenapa anda perlu guna aperture ni. Aperture menentukan depth of file/kedalaman (latar belakang kabur atau terang) latar pada gambar. Jadi jika anda selesa dengan kedalaman tertentu, teruskan.

8. Lense berkualiti memang berbeza
Ada beza dari segi kejituan/jelas gambar jika anda menggunakan lense carl zeiss berbanding lense kamera yang mengarut. Tentunya lense berkualiti bermakna mahal sedikit, tetapi mahal sedikit adalah jimat berbanding anda beli lense/kamera murah, rasa tidak puas hati, kemudian terpaksa sediakan duit beli lense lagi sekali.

9. Elakkan ISO Tinggi, Walaupun Semasa Cahaya Rendah
ISO tinggi bererti noise tinggi. Semasa mengguna tripod, anda tidak mahu noise langsung, anda mahu gambar yang tajam, jelas dan bersih.

10. Zoom In/Out Gambar Pada Skrin Untuk Melihat Kejelasan
Jangan percaya pada skrin belakang kamera. Skrin itu terlalu kecil, jadi semua gambar yang ditunjukkan sememangnya jelas semuanya. Tetapi bila anda pindahkan dan lihat di skrin komputer, ada gambar yang sah kabur. Jadi selepas setiap kali snap gambar (semasa majlis penting contohnya), cepat-cepat periksa gambar tersebut dengan zoom gambar di skrin kecil itu, ini memberi peluang untuk anda mengulang ambil gambar sekali lagi jika gambar diambil tadi tidak memuaskan.

11. Guna Setting Unsharp Mask Filter Pada Photoshop
Memang jurugambar professional guna setting ini. Namanya unsharp kan? Tetapi ada kan perkataan filter? Jadi ini bermakna ianya setting untuk menapis/membuang apa-apa yang kabur/tidak jitu/tidak jelas pada gambar. Di photoshop, pergi kepada menu Filter>Sharpen>Unsharp Mask. Kemudian akan keluar kotak untuk filter. Ini setting yang dicadangkan bergantung kepada subjek:

Orang = Amount 150%, Radius 1, Treshold 10.
Travel/ Pemandangan/ Urban = Amount 65%, Radius 3, Treshold 2.
Kebiasaan harian = Amount 85%, Radius 1, Treshold 4.

12. Photoshop Pro
Setting ini jika anda guna versi software photoshop paling mahal. Setting rahsia ini membuatkan gambar lebih jelas tanpa meninggalkan tanda bulat-bulat atau kesan color artifacts yang selalunya berlaku jika menggunakan terlalu banyak 'sharpen' pada gambar.

a. Pergi pada menu Image>Mode>Lab Color.
b. Kemudian ke Channels>Lightness
c. Seterusnya lakukan Unsharp Mask Filter seperti langkah 11 diatas.
d. Lagi, cuba guna langkah 11 diatas untuk kali kedua guna setting sama. Jika gambar jadi terlebih jelas (sharp) terus pergi ke menu Edit>pilih Fade Unsharp Mask. Turunkan Opacity kepada 50%, jadi kali ini langkah 11 kali kedua anda hanya separuh kuat dari semasa filter kali pertama.
e. Akhir sekali, pergi balik ke menu Image>Mode>pilih RGB Color.

13. Gambar Jelas Walaupun Tanpa Tripod/ Pegang Di Tangan
Pro selalu guna ini. Guna mode/setting continous shooting (burst). Setting ini akan membuatkan kamera mengambil banyak gambar dalam sekali tekan butang shutter. Jadi dalam banyak-banyak gambar, kebarangkalian untuk dapat gambar paling jelas tu ada.

14. Guna Tali Yang Disediakan Di Kamera
Ikat tali kamera ketat-ketat di tangan. Panjangkan tali letak bawah siku, kemudian halakan kamera ke depan hingga tali jadi ketat, lebih kurang condong tangan/lengan 45% dari siku. Tinggikan kamera sama dengan aras mata, rasa ok, tekan shutter. Kaedah ini buat tangan anda jadi macam alternatif kepada tripod.

(credit) The Digital Photography Book
(credit gambar) foongpc