Bermula awal tahun 2011, saya mula perasan adanya web Milk A Deal yang bertindak gudang kupon promosi antara peniaga dan pengguna. Setiap item yang dijual WAJIB ADA PROMOSI/ POTONGAN HARGA. Jadi, pengguna dapat berjimat, dengan banyak, diskaun sehingga 95%. Ada juga 100%, itu hadiah cabutan bertuah/jika menang pertandingan.
Produknya? Apa sahaja samada buku, tudung, beg bimbit, servis kenderaan, makanan, spa, tiket dll. Dari semurah-murah barangan hinggalah ke barangan mewah. Ada yang pelu ambil di kedai, ada yang diposkan ke seluruh Malaysia. Item promosi ada tempoh masa. Ada juga yang menetapkan bilangan minimun pembeli sebelum promosi dinyatakan diaktifkan. Dan, bilangan item untuk sesuatu promosi juga kebanyakannya terhad, first come first serve basis.
Simpan Duit Secara Berkesan
Semua orang tahu tentang menabung. Tapi adakah anda menabung? Berapa sen? Jangan ingat anda bergaji besar dan selesa anda boleh habiskan semua wang kerana bulan depan gaji masih jalan. Percaya atau tidak, sikap memainkan peranan dalam kejayaan menabung/ simpan duit secara berkesan.
1. Ubah Sikap
Nilai duit sekarang makin rendah berbanding dahulu kerana inflasi. Tetapi jangan lupa, anda dulu bergaji rendah berbanding sekarang. Jadinya, keadaan masih sama, anda dahulu kena menyimpan untuk mendapatkan benda-benda murah (pelajar sekolah rendah kumpul duit berbulan untuk beli kasut nike), dan sekarang anda juga perlu mengumpul duit untuk mendapatkan benda-benda dimasa akan datang (kasut kulit hush puppies?) dan kecemasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)