1. Ubah Sikap
Nilai duit sekarang makin rendah berbanding dahulu kerana inflasi. Tetapi jangan lupa, anda dulu bergaji rendah berbanding sekarang. Jadinya, keadaan masih sama, anda dahulu kena menyimpan untuk mendapatkan benda-benda murah (pelajar sekolah rendah kumpul duit berbulan untuk beli kasut nike), dan sekarang anda juga perlu mengumpul duit untuk mendapatkan benda-benda dimasa akan datang (kasut kulit hush puppies?) dan kecemasan.
Jadi, tidak kira dimana status anda, cubalah ambil tahu tentang strategi pengurusan kewangan yang diamalkan oleh orang tua (ayah dan datuk anda) dan bagaimana mereka boleh menjalani kehidupan yang selesa sehingga tua walaupun pendapatan orang dulu-dulu bukan sebanyak anda sekarang.
2.0 Tips menabung/ Simpan Wang
Ibu bapa selalunya bersungguh-sungguh dalam hal pendidikan anak-anak, namun jarang sekali serius dalam memberi pendidikan pengurusan dan simpanan wang.
2.1 Realiti Citarasa
Biasanya kita akan membeli berlebihan untuk benda yang kita mahu, namun mulai sekarang anda harus pandai membezakan antara kemahudan dan keperluan.
2.2 Survey Kedai
Sama macam semasa kita melancong, seeloknya anda mengunjungi dua tiga kedai terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan membeli sesuatu barangan (Satu kompleks membeli-belah kan besar ada beratus kedai).
2.3 Tawar Menawar
Jangan malu untuk meminta harga rendah jika ada peluang. Jangan terkejut sebenarnya orang kaya adalah golongan yang paling suka tawar-menawar harga. Patutlah mereka kaya. Mereka tahu akan nilai wang, sukarnya mendapatkan wang, dan sepatutnya sukar juga caranya anda membelanjakan wang yang diperolehi.
3.0 Langkah-langkah Mudah Menyimpan Wang
Belum terlambat untuk anda mula menyimpan, dan berikut adalah beberapa kaedah yang disarankan.
3.1 Jangan Belanja Semua Gaji Anda
Mulakan menabung dengan peratus yang kecil. Pastikan anda menyediakan 15%-18% daripada keseluruhan pendapatan bulanan untuk simpanan. Jangan risau jika anda hanya mampu menyimpan dalam jumlah yang sedikit, kerana apa yang penting adalah tiap-tiap bulan menyimpan.
3.2 Kurangkan Bil ATM
Bank mengenakan caj untuk setiap kali pengeluaran wang. Jadi, pastikan anda plan berapa banyak yang diperlukan dan pastikan anda mengeluarkan wang hanya sekali dalam seminggu, di bank yang anda daftarkan (elak guna MEPS, VISA dll).
3.3 Ambil Tahu Kemana Wang Anda Lesap
Ambil tahu kemana wang anda digunakan. Orang yang mengambil tahu tentang perbelanjaan sendiri selalunya terhindar dari gaya hidup berlebihan dalam berbelanja/ terlebih bajet.
3.4 Bayar Semua Bil-Bil Secepat Mungkin
Selalunya berkaitan bunga/ interest. Duit yang anda guna untuk membayar interest perkhidmatan adalah juga wang yang anda boleh jadikan simpanan jika anda boleh hilangkan interest tersebut. Cuba kurangkan jangkamasa hutang seperti hutang kad kredit, kereta, pinjaman pendidikan.
3.5 Lakukan Pemotongan Gaji Automatik
Anda boleh menyediakan akaun simpanan khas/mikro dan melakukan pemotongan wang automatik dari akaun semasa setiap bulan. Lebih bagus jika akaun simpanan anda adalah akaun pelaburan /mutual fund.
3.6 Pantau Info Gaji Bulanan
Hal berkaitan KWSP contohnya, majikan bertanggungjawab menyumbangkan % caruman KWSP mengikut gaji terkumpul yang anda perolehi dalam bulan tertentu (% dari gaji asas, overtime, claim dll). Ada majikan mengambil kesempatan mencarum hanya berdasarkan gaji asas semata-mata kerana pekerja tidak tahu.
Jadi idea dah ada, mula simpan sekarang. Mungkin anda tidak nampak sangat tentang wang yang dikumpul sekarang. Namun anda mungkin bersyukur di kemudian hari kerana mempunyai wang simpanan ketika menghadapi kecemasa dan tanggungjawab dimasa depan yang lebih besar (wang kolej anak, wang baiki kereta, wang untuk bil perubatan dll).