Tidak percaya bahawa anda boleh buat apa yang anda mahu? Mungkin anda tidak pernah menghadapi kesusahan melakukan sesuatu tapi hal berkaitan keyakinan diri boleh difahami dengan perasaan takut untuk memulakan sesuatu perkara.
Banyak faedah jika anda mampu membuang rasa takut. Munkin takut atas sebab telah diperlekehkan bertahun-tahun lamanya, dan disini lah kegunaannya untuk anda mempertingkatkan keyakinan diri dalam mengatasi keadaan negatif.
1. Lihat balik pada tahap keyakinan sewaktu kita kecil
Sebagai kanak-kanak, majoriti antara kita tidak takut langsung. Sentuh katak, tersentuh bekas panas (menangis kemudiannya), bercakap jujur dalam semua perkara dll. Jadi, kita seharusnya sedar bahawa kita pernah menjadi orang berkeyakinan tinggi ketika kecil. Jika sekarang kita semakin dewasa, itu bermakna kita sebenarnya mampu untuk lebih berkeyakinan tinggi, bukannya semakin takut.
2. Ketahui kehebatan dan kelemahan diri
Semakin lama anda belajar tentang diri sendiri, semakin tinggi kehebatan anda dan semakin mudah anda memperbaiki kelemahan. Walaupun kadangkala sukar untuk mengetahui mana satu kelebihan dan mana satu hal yang anda mahu, tetapi anda boleh mulakan dengan membuat senarai. Senaraikan lima perkara yang anda hebat. Juga senaraikan lima perkara yang anda mahu buat. Juga senaraikan perkara yang anda gembira lakukan. Lakukan apa yang disenaraikan secara berselang-seli. Hari demi hari anda akan secara tidak langsung terdorong mengecilkan skop kerja seterusnya meningkatkan diri sendiri di samping mencapai kegembiraan dalam kerja.
3. Harapkan kejayaan
Ada orang kata dalam sesuatu hal, kita kena pandang orang belakang. Namun hal ini tidak benar secara total. Tabiat pandang ke belakang sebenarnya boleh membuatkan anda bergerak perlahan dan bermain dalam zon selesa sendiri. Seharusnya anda cuba mengecapi seberapa banyak kejayaan yang boleh dalam sehari. Himpunan kejayaan setiap hari boleh menjadikan anda lebih gembira, yakin diri dan menjadi lebih berjaya di kemudian hari.
4. Percayakan keupayaan sendiri
Keyakinan diri bukan tentang menjadi pandai/mengetahui segalanya, sebaliknya mengetahui anda boleh melaksanakan sesuatu kerja tanpa berhenti di tengah jalan. Lagipun, tiada orang yang tahu semua hal. Jadi jangan pandang kepada apa yang anda tahu atau boleh buat, tetapi nilaikan kepada kesanggupan dan kapasiti diri anda dalam melakukan kerja.
5. Terima perkara yang tidak diketahui
Sesetengah orang menilai keyakinan diri dengan mengetahui apa hasil yang akan diperolehi dalam sesuatu hal yang dilakukan. Hal ini betul tapi bukan 100%. Tidak kira betapa bijak/ berbakatnya anda, anda tidak boleh meramal masa depan secara tepat. Jika sekalipun gagal, anda tahu itu sebenarnya hanyalah hal yang tidak boleh anda kawal. Jadi anda boleh terus bangun kembali dengan yakin dan buat kerja dengan cara lain.
6. Ambil risiko
Semacam bermain roller coaster, anda takut, tetapi masih mahu naik. Tidak kiralah anda muntah di tengah jalan ataupun mengganggu rakan sebelah, anda akhir boleh berbangga dengan gambar dan pengalaman menaiki roller coaster. Begitu jugalah dalam hidup, anda hanya perlu berani mengambil risiko, hasilnya nanti mesti berbaloi dengan kesusahan yang terpaksa dihadapi semasa melaksanakan kerja. Jika dicemuh sepanjang perjalanan sekalipun, anda bukannya cedera atau mati. Malu sekejap sahaja.
7. Belajar menerima pujian
Ada orang menganggap pujian yang diterima dari rakan hanyalah atas dasar membodek ataupun kerana cuba menjadi mesra. Kadang-kadang hal sedemikian ada benarnya namun, majoriti pujian yang anda terima sebenarnya kerana anda layak menerimanya. Jadi terimalah pujian dengan rasa puas, anda telah lakukan kerja dengan baik sekali, itu bermakna anda boleh percaya bahawa anda sebenarnya memang berbakat. Ada orang mahu anda berjaya dan sekarang anda juga harus percaya yang anda sememangnya layak dipuji jika orang yang sama memberi pujian kepada anda.
8. Berlatih untuk berkeyakinan
Seperti semua hal yang lain, keyakinan diri juga boleh dilatih. Contohnya semasa bertemu orang asing, anda boleh mulakan bercakap, teruskan dengan gerak badan dan bersikap mesra. Jangan risau, jika anda menunjukkan tanda yang anda yakin pada diri sendiri, orang akan beralih dari tanggapan sendiri dan mulai melihat anda dengan cara anda mahu dilihat.
Tidak kiralah apapun, percayalah bahawa anda boleh dan memang bernilai - sama nilai dengan orang lain, tidak kira berapa banyak kejayaan anda. Tidak kira juga berapa banyak yang telah anda rosakkan. Percaya pada diri adalah cara untuk meneruskan hidup. Dan percaya pada diri juga adalah cara untuk anda mencapai potensi sebenar diri.