Ketahanan/bersungguh-sungguh memang penting untuk berjaya, tetapi mengalah juga kadang-kadang sama pentingnya. Mengapa penting untuk mengalah? Sebab mengalah memberi peluang kepada diri anda untuk mengarahkan tenaga dan tumpuan anda kepada hanya beberapa perkara yang lebih/benar-benar penting.
1. Berhenti Dari Kerja Mengarut
Tiada guna buang tenaga dan masa kepada hal-hal yang tidak pernah jalan/ mendatangkan keuntungan. Semakin lama dibuat, semakin banyak masa dan tenaga dibazirkan.
2. Jangan Bahagikan Diri Hingga Menjadi Terlalu Kecil
Mungkin banyak yang anda mahu capai. Tetapi anda takkan boleh mencapai semuanya. Sumber anda terhad dan anda perlu pandai memberi keutamaan. Jika anda mahu buat semua kerja, anda akan berakhir dengan tiada kejayaan langsung.
3. Kurangkan Stress
Mengejar terlalu banyak cita-cita akan menyebabkan anda stress. Jangan biarkan kerja anda menyebabkan anda hilang nikmat untuk menikmati dunia/ bergembira dalam kehidupan.
4. Masa Boleh Diluangkan Bersama Orang Tersayang
Dengan mengalah dalam sesetengah hal, anda boleh memggunakan masa untuk bersama orang tersayang dalam keadaan hubungan yang lebih bermakna.
Jadi, kesimpulannya. Mengalah sahaja dalam hal-hal yang tidak berapa penting, supaya anda dapat fokus dan menjayakan hal-hal yang benar-benar penting. Begini kaedah yang disarankan:
1. Cari Apa Yang Bermakna Kepada Anda
Perlu tahu apa yang penting dan apa yang tidak/kurang penting. Atas alasan ini, anda perlu tahu apa yang bermakna kepada diri anda. Apa yang membuatkan anda rasa puas? Apa yang memberi anda rasa gembira melakukannya? Bersungguh dalam apa yang bermakna kepada anda, yang lain-lain buang sahaja.
2. Nilaikan Kehidupan Anda Dari Semasa Ke Semasa
Jikapun anda dah jumpa apa yang bermakna kepada diri anda, kesibukan mengusahakannya boleh menyebabkan anda melencong juga. Jadi, pastikan anda menilai diri sendiri dari semasa ke semasa untuk melihat bahawa apa yang anda usahakan kekal berada pada landasan yang betul.
3. Belajar Untuk Melepaskan
Mungkin anda dah tahu apa yang seharusnya dilepaskan, tetapi nak melepaskan bukannya mudah. Hal ini benar dalam situasi dimana anda telah terlalu banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam membuat sesuatu, jadi melepaskan begitu sahaja semacam tidak masuk akal. Namun, disini ada konsep 'kos tenggelam'. Sebaliknya, gunakan apa yang ada untuk perkara baru, bukan untuk menampung kos semasa kejatuhan dan gagal besar.
4. Cari Semula Fokus
Sebaik sahaja anda mengalah terhadap sesuatu, pastikan jangan terlalu santai. Sebaliknya terus mula fokus terhadap hanya beberapa hal yang tinggal yang sememangnya penting. Sekarang anda sudah fokus, anda berpeluang untuk membuat perubahan.