Bermula awal tahun 2011, saya mula perasan adanya web Milk A Deal yang bertindak gudang kupon promosi antara peniaga dan pengguna. Setiap item yang dijual WAJIB ADA PROMOSI/ POTONGAN HARGA. Jadi, pengguna dapat berjimat, dengan banyak, diskaun sehingga 95%. Ada juga 100%, itu hadiah cabutan bertuah/jika menang pertandingan.
Produknya? Apa sahaja samada buku, tudung, beg bimbit, servis kenderaan, makanan, spa, tiket dll. Dari semurah-murah barangan hinggalah ke barangan mewah. Ada yang pelu ambil di kedai, ada yang diposkan ke seluruh Malaysia. Item promosi ada tempoh masa. Ada juga yang menetapkan bilangan minimun pembeli sebelum promosi dinyatakan diaktifkan. Dan, bilangan item untuk sesuatu promosi juga kebanyakannya terhad, first come first serve basis.
Kini selepas hampir habis setahun, bukan MilkADeal sahaja yang wujud, jadi ini peluang semua pengguna di Malaysia untuk berbelanja secara bijak (dapat murah dari harga biasa). Cubalah, jangan sampai tidak berhenti membeli sudah.
Ini antara web portal barangan diskaun yang popular (setakat ini):
1. MilkADeal
2. Groupon Malaysia
3. MyDeal
4. MyMetro Mall
5. Everyday
6. Superdeals
7. Superbuy