tips on everything that matters. hope this simple clumsy blog can fix us - our things and our life..

Rahsia Terbaru Berhenti Merokok Dr. Oz

Tips ini dikendalikan oleh Oprah, dengan nasihat Dr. Oz. Kali ini ia dilakukan secara langsung sebagai sebahagian dari rancangan mingguan Oprah Show. Oprah, semasa permulaan rancangannya, meminta 300 dari keseluruhan tetamunya (kumpulan perokok) untuk keluar bangunan seketika untuk merokok sebatang dua rokok (sama seperti apa yang perokok selalu lakukan ketika di pejabat).Oprah dan kumpulan tidak merokok menyaksikan mereka dari dalam bangunan. Kemudian, mereka ditanya tentang apa perasaan dapat masa seketika untuk merokok di luar? Jawapan mereka: memalukan, tidak berbaloi, gila, sekumpulan orang cuba bunuh diri dll.



1. Ketagihan Merokok
Dr Oz menyatakan kumpulan perokok kelihatan merokok secara normal, namun walaupun merokok sedikit adalah terlalu banyak untuk badan. Kegagalan berhenti merokok pula adalah kerana perasaan takut, bukan kerana tidak mampu untuk berhenti. Jadi perokon diminta untuk berhenti berkira-kira samada mereka mampu berhenti merokok atau tidak, sebaliknya terus dapatkan apa-apa sahaja cara untuk berhenti. Juga dinasihatkan perokok untuk mula 'bernafas bebas', bukan 'berhenti merokok' kerana perkataan 'berhenti merokok' mengingatkan perokok kepada rokok. 'Bernafas bebas' juga seterusnya menyedarkan kita tentang cara hidup sihat.

Ketagihan merokok boleh menjadi sekuat ketagih dadah, dan bila sampai tahap demikian, idea berhenti boleh menjadi sangat susah. Aktiviti merokok terjadi atas faktor perangai dan keadaan luaran perokok, dimana dan bila perokok merokok. Jadi untuk mudah berhenti meroko, sila mulakan dengan ubah perangai dan persekitaran. Walaupun ada yang mengatakan merokok boleh menghilangkan stress, tetapi apabila rokok yang dihisap habis, stress tidak kemana, masih ada dan adakah perlu tambah sebatang dua rokok lagi? untuk mengilangkan stress sama.

2. Bahaya Merokok
Dr. Oz menekankan tentang merokok di depan kanak-kanak, dalam bangunan atau dalam kenderaan. 1/4 dari keseluruhan asap rokok akan kena pada kanak-kanak mereka. Bernafas udara mengandungi asap rokok, kanak-kanak berisiko untuk mendapat asthma (lelah) dan SIDS (masalah peparu). Perokok juga boleh menghidapi penyakit lain seperti emphysema, COPD, kanser dan jantung.

3. Kaedah Berhenti Merokok
Ini ada beberapa langkah mudah untuk berhenti merokok, dicadangkan.

a. Kenalpasti anda berada dalam kumpulan perokok mana (ringan, sederhana, berat)

b. Bersedia mental dan fizikal - setkan tempoh masa untuk berhenti, juga sediakan rancangan awal tersusun rutin sihat menggantikan aktiviti merokok

c. Kenalpasti cara untuk tidak kembali terjebak - belajar menolak pelawaan rokok oleh kawan-kawan, dan cara bagaimana mengalih tumpuan dari menyentuk rokok.